Monday 5 July 2010

SALAM SATU AQIDAH....

Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t yang memberi kita iman, islam dan ihsan dalam melaksanakan muamalah seharian kita. Salam Solawat ke atas baginda Rasulullah s.a.w serta para sahabat dan para keluarganya.

Buat kali pertamanya Blog Muamalah Islam Horihakimi ini dicipta bagi menyebarkan seruan dakwah dan muamalah secara online dalam mengajak dan menyeru ke arah kebaikan dan mencegah sebarang kemungkaran dalam menelusuri kehidupan yang serba mencabar.

Melihat kepada tuntutan masa kini, maka perlunya kaedah dan pendekatan teknologi maklumat dalam penyebaran ( dissermination ) ,penyertaan ( participation ), dan pengerahan ( mobilization ). Kalau secara lazimnya teknologi ini hanya sebagai satu cara untuk mengekploitasi alam. Namun dalam konteks muamalah islam dan pengaruh dakwahnya, ia adalah satu tuntutan fadhu kifayah kepada segolongan manusia yang mempunyai misi dan visi dalam kehidupan sebelum mencapai akhirat yang abadi.
Blog ini memaparkan kepentingan aspek muamalah islam dan ekonomi islam memberi idea yang sesuai dengan sasaran . Ianya juga satu medium dakwah yang mengajak kumpulan sasar kepada kepentingan beramal soleh dan menangkis sebarang kejahilan.

Freedom Via Wisdom -

PERNIAGAAN DI ZAMAN RASULULLAH S.A.W

…………SEMBILAN PER SEPULUH rezeki adalah daripada perniagaan. Inilah intipati hadis Nabi Muhammad s.a.w yang terkenal. Perniagaan dan perdagangan memang menjadi sebahagian masyarakt arab sebelum kedatangan islam lagi. Ia terus melebarluas ke seluruh semenanjung arab sehingga diajar nabi junjungan dalam perundangan syariah dan muamalah islam.

Bila berbicara tentang perniagaan, maka terbayanglah kita peniaga-peniaga di zaman Rasulullah s.a.w. antaranya :

1. Khadijah binti Khuwaylid

Dia merupakan usahawan tersohor di bumi Mekah. Walaupun sibuk dalam dunia
perniagaan, beliau tidak lupa mengguna dan menyumbang hartanya kepada
kebaikan. Beliau memberi orang miskin, membantu saudara-maranya yang
menghadapi masalah kewangan, termasuk membantu mereka yang tidak memiliki
kemampuan untuk berkahwin.

2. Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq : Memiliki perniagaan kain.

3. Sayyidina Umar bin Al-Khattab : Beliau memiliki perniagaan jagung serta
mempunyai hubungan perdagangan dengan peniaga-peniaga Iraq.

4. Abdul Rahman bin ‘Auf : Beliau antara sahabat nabi Muhammad s.a.w yang
paling kaya. Apabila mula-mula sampai ke Madinah selepas peristiwa hijrah ,
beliau bertanya kepada saudara-saudara Ansarnya berkenaan dengan lokasi
pasar. Selepas Abdul Rahman bin ‘Auf ditunjukkan di pasar Qainuqa’, beliau
terus memulakan perniagaan keju dan mentega. Beliau kemudian mempelbagaikan
produk dengan menawarkan keperluan penduduk Madinah termasuk :

a) Gandum
b) Kain
c) Peralatan dapur
d) Minyak wangi dan lain-lain.

Abdul Rahman bin ‘Auf bukan sahaja menjiwai perniagaan mengikut landasan syariah, bahkan bergelar hartawan yang menjiwai budaya beramal jariah di Jalan Allah s.w.t . Antara sumbangan beliau adalah :

a) Menjual sebidang tanah pada harga 40,000 Dinar(RM10 juta pada nilai wang
masa kini) Dan diagihkan hasil jualannya.
kepada saudara-maranya,muslim yang miskin dan isteri Rasullah s.a.w.
b) Memberi sadaqah 700 unta yang sarat dengan pelbagai jenis barangan.
c) Menderma 50,000 Dinar ( RM12.5 Juta )
d) Memberi sumbangan kepada peperangan tabuk dan beberapa perang jihad yang
lain.
e) Memberikan 400 Dinar kepada mereka yang tidak syahid semasa peperangan Badar.
f) Semasa wafat, beliau meninggalkan 80,000 dinar ( RM20juta) kepada para
isterinya.

MUDARABAH ANTARA NABI S.A.W DAN KHADIJAH

Terdapat beberapa pendapat berkaitan dengan struktur kerjasama antara Khadijah dan Nabi Muhammad s.a.w. apabila beliau menghantar nabi Muhammad s.a.w ke Syria dan Yaman. Iaitu :

a) Kontrak Mudarabah
b) Kontrak Ju’ala / upah

Mudarabah berasal dari frasa ‘al-darb fi al-ard’ yang bermaksud ‘bagi mengembara’ iaitu istilah perdagangan semasa pra-Islam dan zaman Nabi Muhammad s.a.w yang mengembara dan berniaga dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

a) Mudarabah : Merupakan satu kontrak antara minimum dua pihak antara pemodal
( rab al-mal ) dan juga usahawan ( mudarib ).

b) Modal : Rab al-mal memberi sejumlah wang sebagai modal kepada mudarib
yang menjalankan perniagaan. Manakala mudarib menggunakan
kepakarannya bagi mencapai matlamat perniagaan dipersetujui
bersama.

c) Perjanjian : Dalam perjanjian mudarabah dinyatakan peratus perkongsian.
Keuntungan diagihkan kepada rab al-amal dan mudarib. Dan
sekira rugi maka rab al-amal yang menanggungnya kecualilah ada
bukti kerugian di pihak mudarib.

Jenis-jenis Mudarabah :

a) Mudarabah Mutlaqah

Rab al-amal memberi kebebasan penuh kepada mudarib dengan menggunakan
modalyang diberikan kepadanya yang dijangka untuk mendapatkan keuntungan.
Ia hendaklah mematuhi syariah dalam amalan perniagaanya.

b) Mudarabah Muqayyadah

Rab al-amal menetapkan syarat-syarat tertentu yang menghadkan penggunaan
modalnya. Syarat itu berkaitan dengan jangka waktu, lokasi perniagaan, jenis
perniagaan dan sebagainya.

Elemen-elemen Mudarabah : Kesimpulannya dalam struktur niaga mudarabah, terdapat enam unsur:

1. Rab al-amal
2. Mudarib
3. Modal
4. Usaha
5. Keuntungan : Pendapatan tolak perbelanjaan.
6. Penawaran dan penerimaan.

Dalam ertikata urusniaga antara Khadijah dengan Nabi Muhammad s.a.w , Khadijah berperanan sebagai rab al-amal manakala Rasulullah s.a.w sebagai mudarib.

DAKWAH

The noun “ Dakwah” is derived from the verb “ da’a – yad’u” . It is necessary to explain the meaning of the verb first. The term literally covers the following range of meanings :

1. Dakwah means to desire , require and request.
For example , da’a bil kitab ; he desired or requested that the book
should be brought .

2. It means to call , summon, and invite.
For example : Da’au tu bihi : I called him, called out to him,
or summoned him.

3. It means to pray, or call to god
For example : Da’atuLLahu : I prayed to Allah for him.
Da’atu Lahu ‘alaihi : I prayed to Allah against him.
Da’atu Lahu bilkhayri : I supplicated for him good.
Da’atu ‘alaihi bilsharri : I imprecated upon him evil.

4. It means to draw.
For example : Yad’u wa wara’ahu min al-labani : It draws or attracts
whatis to come after it.

Da’wah in in the modern understanding

Islam is a religion base on the fundemantle teaching of the quran and the sunnah. Since the term da’wah particularly dakwah islamiyyah was theoretically and practically used when prophet Muhammad s.a.w began to start his duty as the prophet of Allah, it is must to refer back to the quran and the sunnah in order to grasp the concept of da’wah and its application in the modern context.

In favour of this many muslim scholars attempt to discuss the concept of da’wah. According to the Quran and the sunnah, for example : According to Abdul Karim Zaidan the term refers to the calling or invitation to Allah, as Allah says. “ Say this is may way, I call on Allah with sure knowledge, I and whosoever follows Me” (XII : 108) so what is means by the call to Allah is the call to His religion, and that is Islam : “ Indeed religion with Allah is islam”. (III:19) and Islam is the object of the da’wah and its reality, and that is in fact the basis or root of da’wah.

In the brief we may say that Islam is the name of the religion presented by the prophet which basically consists of Aqidah, Syari’ah and Akhlaq, where as da’wah is particularly pointing to the movement or the method of delivering Islam. Therefore, we may see a lot of discussions on the questions of how to perform da’wah among the modern scholars. This distinction between the two “Islam” and “Da’wah” shows that the role of da’wah is to achieve glory for islam as a whole.